Friday, November 20, 2015

Apa Itu Brisk Walk?


Ada yang bertanya pada Admin, aktiviti Brisk Walk yang diadakan pada hari Ahad ini macam mana bentuk & kaedahnya.

Brisk walk ini bermaksud aktiviti berjalan pantas. Tidak berlari ataupun berjalan seperti biasa tetapi lebih kepada berjalan dengan pantas.

Kebiasaannya apabila bercakap mengenai brisk walk, antaranya ia akan membawa maksud berjalan dengan manfaat untuk kecergasan dan mengurangkan risiko kesihatan.

The Centers for Disease Control and Prevention (CDC) berkata kebiasaannya juga berjalan pantas pada kadar 5 km/j atau 12 minit bagi setiap kilometer (bukan lumba jalan kaki). So tempoh masa yang digalakkan sekitar 30 minit. Sekiranya tidak sampai 30 minit pun tak mengapa. Tiada istilah wajib pada kadar waktu dan jarak tertentu.

Antara manfaat diperolehi daripada berjalan mengurangkan tekanan darah tinggi, perbaiki degupan jantung, menghilangkan stress dan paling penting cepat membakar lemak dalam badan.

Tempat paling sesuai untuk aktiviti ini adalah di taman rekreasi yang selamat dan mempunyai permukaan jalan yang baik.

No comments:

Post a Comment