Thursday, November 5, 2015

11 Perkara Mengenai Cabaran #FitBandarTunRazak Yang Perlu Anda Tahu


1. Fit Bandar Tun Razak

Cabaran Fit Bandar Tun Razak dianjurkan bagi mencabar diri para peserta khususnya rakyat Malaysia untuk berusaha menurunkan berat badan ideal. Cuma ketetapan yang telah dibuat oleh penganjur adalah minimum penurunan berat badan sekurang²nya 5 kg. 

Jika para peserta berjaya menurunkan lebih daripada jumlah yang ditetapkan, ia adalah bonus kepada diri sendiri dan pihak penganjur akan mengambil kira jumlah tersebut untuk dimasukkan sebagai pemenang. 

2. Mengapa 5 kg sahaja?

Sekiranya pihak penganjur mensasarkan penurunan berat badan melebihi 5 kg, dikhuatiri peserta sukar mencapai sasaran tersebut dalam tempoh yang singkat. 

3. Adakah saya boleh turun 5 kg dengan menyertai program cabaran Fit Bandar Tun Razak?

Pihak penganjur tidak memberi sebarang jaminan bahawa setiap peserta akan berjaya menurunkan berat badan sekurang²nya 5 kg. Tetapi pihak penganjur telah menyediakan aktiviti yang diadakan setiap hujung minggu sepanjang tempoh pertandingan.

Penglibatan peserta dalam aktiviti² yang diadakan adalah secara sukarela dan tiada paksaan kepada setiap peserta untuk menghadirinya.

4. Adakah saya boleh ambil ubat tertentu untuk menurunkan berat badan?

Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan yang dihadapi para peserta sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap diri peserta. Pengambilan ubat²an dengan tujuan tertentu adalah hak peribadi peserta.

Penganjur hanya menyediakan platform berekreasi dan mengeluarkan peluh supaya tubuh badan kekal cergas dan sihat.

5. Mahu beli baju sahaja tapi tidak mahu sertai pertandingan.

Pihak penganjur tidak menjual baju tetapi disediakan untuk para peserta yang telah membuat pendaftaran. Orang ramai digalakkan mendaftar untuk mendapatkan baju tersebut.

6. Adakah peserta dibekalkan insurans?

Tidak. Keselamatan dan kesihatan peserta adalah di bawah tanggungan sendiri.

7. Risiko semasa mengikuti aktiviti

Sepanjang aktiviti dijalankan, pihak penganjur menyediakan pasukan perubatan yang akan membantu para peserta sekiranya memerlukan bantuan kecemasan di kawasan aktiviti. 

Pihak penganjur juga tidak menggalakkan peserta yang mempunyai masalah menyertai aktiviti yang diadakan.

8. Kad kehadiran peserta ke setiap program

Para peserta akan dibekalkan dengan sekeping kad rekod kehadiran peserta pada hari perasmian. Kad tersebut hendaklah ditunjukkan kepada pihak Sekretariat untuk mendapat cop kehadiran dan dalam masa yang sama rekod kehadiran juga akan direkodkan di dalam sistem.  

9. Timbang semula berat badan

Pihak penganjur menyarankan para peserta untuk hadir pada 19 Disember 2015 (Sabtu) di Pejabat UMNO Bandar Tun Razak bagi diambil berat terkini untuk direkodkan dan dipilih sebagai pemenang.

10. Kemenangan sukar ditentukan kerana penurunan berat badan yang sama.

Untuk makluman, sekiranya berlaku persamaan jumlah penurunan berat badan bagi penentuan kedudukan pemenang. Pihak penganjur akan mengambil kira dari rekod kehadiran para peserta yang mengikuti aktiviti² mingguan seperti yang diadakan.

Peserta yang mengikuti lebih aktiviti yang diadakan akan dipilih sebagai pemenang. Namun sekiranya mata yang dikumpul tetap sama, maka pihak penganjur akan memutuskan untuk memilih pemenang berdasarkan keputusan Body Mass Index (BMI).

11. Hadiah

Sehingga kini, pihak penganjur memberitahu hanya menyediakan hadiah berbentuk wang tunai untuk peserta² seperti ketetapan di bawah.

Pertama = RM 3,000.00
Kedua = RM 2,000.00
Ketiga = RM 1,000.00

50 Hadiah Saguhati = RM 100.00

Hadiah² di atas tidak akan berubah. Tetapi pihak penganjur akan memaklumkan sekiranya terdapat hadiah tambahan berbentuk barang²an elektrik dan sebagainya.


*Orang ramai yang mempunyai masalah penyakit ataupun risiko tinggi tidak digalakkan menyertai pertandingan ini. 

No comments:

Post a Comment