Tuesday, November 24, 2015

Benarkah Makan Malam Boleh Mengakibatkan Berlebihan Berat Badan ? #FitBandarTunRazak


Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam.

Oleh itu, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan. Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira sama ada semasa sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.

Monday, November 23, 2015

Aktiviti Yang Boleh Mengurangkan Kalori Dalam Badan Anda


Tahukah anda, mengemas rumah dan melakukan aktiviti santai juga dapat kurangkan kalori?

Tak caya, cuba try aktiviti² di bawah ini. Sekurang²nya boleh membakar 150 kalori dalam badan kita.

Friday, November 20, 2015

Apa Itu Brisk Walk?


Ada yang bertanya pada Admin, aktiviti Brisk Walk yang diadakan pada hari Ahad ini macam mana bentuk & kaedahnya.

Brisk walk ini bermaksud aktiviti berjalan pantas. Tidak berlari ataupun berjalan seperti biasa tetapi lebih kepada berjalan dengan pantas.

Kebiasaannya apabila bercakap mengenai brisk walk, antaranya ia akan membawa maksud berjalan dengan manfaat untuk kecergasan dan mengurangkan risiko kesihatan.

Saturday, November 14, 2015

Cabutan Bertuah Menanti Peserta 5kg Challenge #FitBandarTunRazak Minggu 2


Berita menarik untuk peserta² 5kg Challenge ‪#‎FitBandarTunRazak‬. Pihak penganjur telah bersetuju untuk mengadakan cabutan bertuah pada aktiviti hujung minggu ini.

Tarikh : 15 Nov 2015 (Ahad)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Serbaguna DBKL Kg. Malaysia Tambahan, Sungei Besi, KL
(tapak Pasar Malam Kg. Malaysia Tambahan)

Lokasi / Waze : 3.077905, 101.706722

Pakaian : Fit BTR

Nak tahu apa hadiah cabutan bertuah tersebut, kena datang lah hari Ahad ini. Kita jumpa di sana ya. Jangan lupa bawa keluarga dan kenalan. Sama² kita memeriahkannya.

Friday, November 13, 2015

26 Khasiat Pisang Kepada Diri Kita #FitBandarTunRazak


1. Pisang membantu mengatasi kemurungan, tahap tryptophan yang tinggi akan bertukar kepada serotonin, suatu keadaan yang bagus untuk neurotransmitter dalam otak

2. Makan dua pisang sebelum senaman berat adalah pembekal tenaga yang bagus dan mengekalkan gula dalam darah anda.

Thursday, November 12, 2015

7 TIPS Mengurangkan Pengambilan Lemak Yang Perlu Anda Amalkan #FitBandarTunRazak


1. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan bergoreng.

2. Guna minyak masak dalam kuantiti yang sedikit dalam masakan. Pilihan minyak yang berasaskan sayur-sayuran.

Wednesday, November 11, 2015

Perut Kekal Kenyang Bila Bersarapan Dengan Oat ? #FitBandarTunRazak


Oat adalah makanan ideal untuk semua peringkat umur. Ia mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga untuk orang tua.

Ia mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir.

Thursday, November 5, 2015

11 Perkara Mengenai Cabaran #FitBandarTunRazak Yang Perlu Anda Tahu


1. Fit Bandar Tun Razak

Cabaran Fit Bandar Tun Razak dianjurkan bagi mencabar diri para peserta khususnya rakyat Malaysia untuk berusaha menurunkan berat badan ideal. Cuma ketetapan yang telah dibuat oleh penganjur adalah minimum penurunan berat badan sekurang²nya 5 kg. 

Jika para peserta berjaya menurunkan lebih daripada jumlah yang ditetapkan, ia adalah bonus kepada diri sendiri dan pihak penganjur akan mengambil kira jumlah tersebut untuk dimasukkan sebagai pemenang. 

Tuesday, November 3, 2015

Peluang Terakhir Menyertai #FitBandarTunRazak


Cabaran #FitBandarTunRazak. Turunkan berat badan dan anda berpeluang menang wang tunai. Jangan lepaskan peluang dan pastikan anda mengajak bersama kenalan untuk turut serta.

Berat turun, badan sihat, wang tunai pun boleh dapat jika berjaya.

Tak Percayalah Minum Air Kosong Pun Boleh Kurus #FitBandarTunRazak


Ada sesetengah orang tidak mengetahu bahawa dengan meminum air kosong saja, ia membolehkan anda mengurangkan berat badan.

Apa-apa pun, kami tekankan di sini, anda perlu berdisiplin dan konsisten melakukan perkara yang anda inginkan sangat. Janganlah hanya bermula sekejap sahaja.

1. Jadikan Air Kosong Sebagai Minuman Utama


Bab ini memang selalu sangat orang pesan. Nampak mudah tapi bila keluar makan di luar sahaja, mulalah mahu order pelbagai air manis. Kuatkan mental anda untuk menolak minum air manis.

Monday, November 2, 2015

Senaman Untuk Bakar Kalori Secara Optimum


7 Minutes Workout yg direka untuk mengoptimakan workout kita. Anda perlu lakukan 12 jenis workout secara circuit dengan hanya menggunakan kerusi, dinding dan 7min masa anda.

Kajian baru-baru ni menunjukkan dengan hanya intense training selama beberapa minit yg mendekati tahap kemampuan maksimum kita memberi kesan yg lebih kurang sama dgn running atau bike riding selama beberapa jam.

10 Senaman Boleh Dilakukan Di Rumah #FitBandarTunRazak


Berikut dikongsikan 10 jenis senaman yang mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa saja di rumah dan perlu memikirkan perasaan malu dan risiko² lain.

Jom kita fit !


1. Berjalan
Jika cuaca elok, berjalan di sekitar rumah sambil lihat pemandangan sekeliling memang menyeronokkan. Jika cuaca tidak mengizinkan, cuba berjalan naik turun tangga beberapa kali (pada masa sama boleh angkat turun barang lagi). Ini boleh menguatkan kaki dan lutut. Jika tiada tangga? Berjalan sahaja keliling dalam rumah, walaupun kurang seronok, tetapi masih berkesan.

2. Jumping jack/ lompat bintang
Ini paling seronok, boleh ingat kembali memori zaman kanak-kanak. Lagipun siapa yang tidak pernah main lompat bintang kan? Jangan pelik, jumping jack adalah salah satu senaman kardio yang hebat, juga boleh jadi warm up juga.