Tuesday, December 6, 2016

Penyakit Jantung Sebab Utama Kematian Rakyat Malaysia #FitBandarTunRazak


Penyakit jantung kekal sebagai sebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia sejak 10 tahun lepas dengan mencatatkan 13.5 peratus kematian pada 2014.

Thursday, February 18, 2016

Jom Sertai Konvoi Berbasikal 1 Wilayah Persekutuan Secara Percuma


Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) menganjurkan sebuah program yang akan dimasukkan ke dalam The Malaysia Book of Records iaitu Konvoi Berbasikal 1 Wilayah Persekutuan 2016.

Tuesday, November 24, 2015

Benarkah Makan Malam Boleh Mengakibatkan Berlebihan Berat Badan ? #FitBandarTunRazak


Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam.

Oleh itu, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan. Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira sama ada semasa sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.

Monday, November 23, 2015

Aktiviti Yang Boleh Mengurangkan Kalori Dalam Badan Anda


Tahukah anda, mengemas rumah dan melakukan aktiviti santai juga dapat kurangkan kalori?

Tak caya, cuba try aktiviti² di bawah ini. Sekurang²nya boleh membakar 150 kalori dalam badan kita.

Friday, November 20, 2015

Apa Itu Brisk Walk?


Ada yang bertanya pada Admin, aktiviti Brisk Walk yang diadakan pada hari Ahad ini macam mana bentuk & kaedahnya.

Brisk walk ini bermaksud aktiviti berjalan pantas. Tidak berlari ataupun berjalan seperti biasa tetapi lebih kepada berjalan dengan pantas.

Kebiasaannya apabila bercakap mengenai brisk walk, antaranya ia akan membawa maksud berjalan dengan manfaat untuk kecergasan dan mengurangkan risiko kesihatan.

Saturday, November 14, 2015

Cabutan Bertuah Menanti Peserta 5kg Challenge #FitBandarTunRazak Minggu 2


Berita menarik untuk peserta² 5kg Challenge ‪#‎FitBandarTunRazak‬. Pihak penganjur telah bersetuju untuk mengadakan cabutan bertuah pada aktiviti hujung minggu ini.

Tarikh : 15 Nov 2015 (Ahad)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Serbaguna DBKL Kg. Malaysia Tambahan, Sungei Besi, KL
(tapak Pasar Malam Kg. Malaysia Tambahan)

Lokasi / Waze : 3.077905, 101.706722

Pakaian : Fit BTR

Nak tahu apa hadiah cabutan bertuah tersebut, kena datang lah hari Ahad ini. Kita jumpa di sana ya. Jangan lupa bawa keluarga dan kenalan. Sama² kita memeriahkannya.

Friday, November 13, 2015

26 Khasiat Pisang Kepada Diri Kita #FitBandarTunRazak


1. Pisang membantu mengatasi kemurungan, tahap tryptophan yang tinggi akan bertukar kepada serotonin, suatu keadaan yang bagus untuk neurotransmitter dalam otak

2. Makan dua pisang sebelum senaman berat adalah pembekal tenaga yang bagus dan mengekalkan gula dalam darah anda.