Tuesday, October 27, 2015

Tahukah Anda Faedah 10,000 Langkah Sehari #FitBandarTunRazak


Berjalan kaki adalah sebahagian penting dalam kehidupan. Bagaimanapun, disebabkan pembangunan yang pesat di seluruh Malaysia, senaman berjalan kaki kini hampir menjadi sebahagian daripada sejarah kuno. Kementerian Kesihatan berhasrat untuk menghidupkan kembali aktiviti ini menerusi kempen 10,000 Langkah Sehari.

10,000 langkah adalah bersamaan dengan berjalan kaki anggaran 6 kilometer sehari dan hanya setelah anda berjalan melebihi 10,000 langkah, barulah anda dianggap sebagai seorang yang aktif dan sihat dari segi fizikal.

Monday, October 26, 2015

Langkah-Langkah Membuat Pendaftaran #FitBandarTunRazak


1. Muat turun borang daripada laman Facebook - Fit Bandar Tun Razak atau melalui www.fitbandartunrazak.blogspot.my atau boleh didapati di Pejabat UMNO Bandar Tun Razak.

Saturday, October 24, 2015

Panduan Memuat Turun & Menyerahkan Borang Penyertaan #FitBandarTunRazak



Isikan di ruang yang disediakan dan hantar kepada pihak Sekretariat di alamat Pejabat UMNO Bandar Tun Razak, Lot PT 4752, Jalan Selimang, Taman Tenaga 56100 KL (10 pagi - 2 pg).

Semasa membuat penyerahan borang, peserta akan diambil ukuran ketinggian dan berat badan untuk mendapatkan Body Mass Index (BMI) oleh Pembantu Perubatan / Jururawat yang ditugaskan berbuat demikian.

Pastikan anda mengambil slip resit pembayaran sebagai bukti borang anda telah diterima oleh pihak Sekretariat.

Friday, October 23, 2015

PROMO : 5Kg Challenge #FitBandarTunRazak


PROGRAM 5KG CHALLENGE #FITBANDARTUNRAZAK

Anda yakin boleh menurunkan berat badan 5 Kg dalam tempoh singkat?

Jom sertai '5Kg Challenge' Fit Bandar Tun Razak dan menangi hadiah-hadiah lumayan.

Tarikh Program :

8 Nov - 20 Dis 2015 (43 Hari)

Syarat Penyertaan :

- Warga Wilayah Persekutuan
- Berusia 18 - 50 tahun
- Lelaki & Perempuan
- Terbuka Kepada Semua Kaum

Pendaftaran :

- 26 Okt - 7 Nov 2015 (10am - 2pm)
- Muat turun borang dari laman Facebook - www.facebook.com/fitbtr
- Walk in Pejabat UMNO Bandar Tun Razak.
- Bayaran penyertaan RM 20 sahaja.

Penyerahan Borang :

Lot PT 4752, Jalan Selimang,
Taman Tenaga 56100 Kuala Lumpur.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat program :

1. En. Amir : 017-324 9339
2. Pn. Zakiah : 012-381 7916
3. En. Hafiz : 012-273 0357
4. En. Azhari : 018-200 9448
5. Pn. Norhazlin : 017-341 4081